Tuesday, January 25, 2011

sharing is caring

assalamualaikum......

Hello...im back.... tetiba idea tu datang balik...tu pun selepas menterkedarah sebungkus bubur, sekeping capati dan beberapa gelas air soya.... pasar malam marila..apa lagi....
kali ni aku nak share tentang apa penyakit yang aku deritai sekarang.... tak lain dan tak bukan.... SLIP DISC.... slipdiscni boleh terkena kepada sesiapa saja umat manusia diseluruh dunia....dan kajian mengatakan....errr... mengatakan apa ekkk... huhu... carila sendirik yer... hahahha.... okeh... sket nfo aku nak share....
okeh... korang nampak kan gambarajah tulang belakang... mula2 dulu aku jatuh masa main bola.... wahhh... main bola yer ngko syam... huhu...dulula... suatu masa dulu.... aku retak bahagian sacral vertebrae..bahagian bawah dari L5....kata doktor aku time tu... DR lim boon ping (SJMC) sekarang dikenali SDMC... ekor tulang retak...dan katanya aku memang akan senang dapat backbone injury...pasal aku ni tergolong dalam satu didalam sejuta..yang mana tulang belakang aku terlebih satu.... aku takpaham apa maksud dia...tapi itulah katanya...so... aku kene berhati2..... berhati2kah aku? hahahhaha.....

dan tahun 2009... aku terkena lagi sakit belakang ni...kali ni slip disc... kat thoracic vertebrae... kat T9-T10... kata doktor aku sekarang... DR.SURENDRA...(KPJ)... amatlah jarang sekali org kene slip disc kat bahagian tu...selalunya orang akan kene kat lumbar area... ...... hmmmm pelikkan... may be xtvt aku masa  bujang dulu-dulu yang mana aku suka menjelajah hutan.... mendaki gunung...dan men jungle trekking....sebut la mana tempat yang aku tak penah sampai .... hutan mana yang aku tak penah masuk..... itu lah xtvt sihat aku masa dulu selain dari bersukan...

dan yang terbaru....baru2ni aku sakit lagi....tapi kat bahagian lain plak.... makin menambahkan kemuskilan dalam kepala otak aku ni.... kali ni bahagian cervical vertebrae.... hmmmm.... pelikkan.... tapi aku terima dengan hati yang terbuka...walaupun kadang2 "ter" persoalkan jugak.... huhu....

kaedah dan cara rawatan.....
Bukan semua orang memerlukan rawatan. orang  yang berasakan kesakitan itu masih boleh ditanggung dan tidak menjejaskan aktiviti harian tidak memerlukan rawatan, walaupun ujian menunjukkan mereka mengalami masalah cakera.

Rawatan hanya diberi apabila kesakitan dialami menjejaskan fungsi seseorang. Ada beberapa jenis rawatan, tetapi biasanya masalah sakit belakang dimulakan dengan rawatan konservatif iaitu rehat dan fisioterapi.

Kaedah lain yang digunakan ialah prosedur laminektomi, iaitu sama ada pembuangan lamina atau cecair dalam cakera. Dalam proses pembuangan lamina, doktor memotong lapisan tisu nipis pada tulang belakang bagi mengurangkan kesakitan.

Cara terbaru ialah pembedahan penggantian sendi. Bagaimanapun, keputusan diperoleh berbeza.... yang ni aku tak berapa berani...lagipun kos nya amatlah tinggi..... tak berapa nak di syorkan pun oleh doktor....

Kaedah paling baru untuk mengatasi masalah sakit belakang ialah lumbar puncture atau epiduralisis. Ia berkesan untuk mengurangkan keradangan saraf, tidak memerlukan pembedahan dan mempunyai risiko kekal..... cara ni la yang aku buat dulu.... Kesan ubat bertahan enam bulan atau lebih sket saja..... lepas tu akan terasa sakit kembali.... ho hoooooooo...... sakit wooooooooo kalau korang kene mcm aku ..... kalau korang jadi aku... maka korang akan rasa lah apa yang aku rasa sekarang...
harap korang jangan la kene mcm ni..... susah korang nak hidup nanti... biarla aku sorang je yang rasa.... huhu...kesian kat korang nanti....

so.... sehingga ketemu lagi.... jagalah kesihatan.... kurangkan manis dalam minuman..lebihkan manis dalam senyuman.... huhu adiossssssssssssssssss..... wassalam

1 comment:

Unknown said...

slalu jugak sakit tulang blkg tp xbrani check dktor..HAHA!!
mst seksa kn rasa..