Monday, January 14, 2013

Bosan

Assalamualaikum.... Salam sejahtera... Glory - glory man united.... Semalam sempat la tengok full time game trsebut.... Congrats man u... Takziah utk liverpool dan arsenal... Adat permainan....

Terlalu banyak perkara nak diperkata kan tadi... Tapi bila dah start menaip... Berdesup masing2 pecut meninggalkan kepala otak ni... Sekaranh dah jadi kosong kosong kosonggggg.... Hadoiiii.... Sejak 2 menjak ni jugak emosi tak menentu.... Mcm2 perkara berlegar2 dalam kepala otak ni... But dont worry... I still can handle it... Small the pieces....
Dah dua minggu rupanya kita di tahun 2013 ni... Pejam celik pejam celik... Alhamdulillah masih boleh celik.... Terlalu banyak benda yg aku nak kejar dalam tahun ni... Kalau aku buat wish list, mau berjela2 nih.... Tapi tak pe... Kalau bab tu ingatan aku masih kuat... Misi pertama tahun ni adalah terus kekal cergas dan cerdas... Supaya tak terjejas pencarian rezeki aku... Misi ke-2... Pastikan anak2 dan isteri berada dalam keadaan selesa... Misi seterusnya.... Biarlah ianya menjadi rahsia... Pasal kalau aku tulis macam2 kat dalam ni... Karang ada pulak org cakap boleh ke? Macam banyak bebeno benda yg ko nak buat tahun ni. Apa aku nak buat, aku punya suka la... Tak perlu mintak izin... Pasal ni semua utk keluarga aku... Hadoiiii... Apa aku merepek ni... Ni lah bahananya kalau tengah bosan...

Last saturday.... Adanya perhimpunan kat stadium merdeka... Aku 100% sokong depa tu berkumpul mcm tu... Bukan nak menunjukkan yg kita ni tak berterima kasih dengan kerajaan... Tapi nak betulkan sket je apa yg kerajaan buat sekarang... Tak banyak pun... Ingat lah wahai kerajaan... Kalau nak menipu org kampung boleh la... Bulan maksud aku yg org kampung tu bodoh... Tapi depa tak disalurkan maklumat yang sebetulnya... Depa ni dok tengok tv1, tv2, tv3.... Lain pada tu tengok movie saja... Typical org kampung la... Aku pun asal kampung jugak... Pasai tu aku tau... Kalau time berita saja... Arwah ayah aku dulu mesti suruh tukau channel... Nak nengok tv3... Beritanya segar bugar... Segarrr la sangat....
Tapi pada yang dok kl ... Depa dah masak sangat dah dengan taktik kerajaan... Macam2 isu depa timbulkan... Isu ayaq, isu skolah, isu kalimah ALLAH... Macam2 lagi la... Malas nak ulas lanjut lagi...

Next issue is... Kes FAM... Pun satu hal... 28 tahun diterajui oleh orang yang sama... Kalau betul2 berjaya yak pe jugak... Ni makin teruk... Makin merudum jauh ke belakang... Hadoiiiii... Sudah2 la sultan ahmad oiiiii.... Dengan pegawai pegawai nya pun satu hal.. Tak pro langsung... Tapi depa apa peduliii... Janji tiap bulan, poket penuh... Lantak hang pa la...

Next issue is... Aku nak balik kampung 1/2/13 nanti... Yiiiihaaaa... Cuti2 makan angin... Lama dah tak berjalan jauh ngan anak2 n bini... Last sekali masa raya puasa last year.. Dengan anak dah 4 orang ni, kadang2 masa kurang mengizinkan... Sekarang pulak 2 org dah skolah... Yang no 2 dah masuk tadika.... Alhamdulillahhhh... Buat masa ni segalanya berjalan lancar... Semoga berkekalan la sampai ke dewasa... Blajar rajin2 ya anak2... Belajar pandai pandai ye... Jangan jadi macam abie... Besaq nanti kerja besar... Gaji besar... Boleh laaaa bantu abie ngan mummy...

Okeh... Tetiba perut memulas... Adios to toilet....

Sehingga bersua lagi.

Tuesday, January 8, 2013

Kembali Menerjah

Assalamualaikum wbt....

huh... dah berhabuk, penuh dengan sarang labah-labah.... debu tebal 5-6 inci.... bersawang, lalang dah tumbuh lagi tinggi dari gajah.... haaaaa... itu lah ungkapan yang paling tepat utk aku tuliskan utk blog aku ni....

last posting 24 dec 2011.... hari ni 8 jan 2013.... umangaiiiii... setahun tuuu... dalam setahun ni banyak yang berlaku... last aku tulis blog ni dulu anak baru 3 orang, sekarang dah 4 orang.... hmmmm.... jangan lepas ni lagi setahun aku bukak balik udah lerrr... 

tujuan aku biar blog ni berusang saja jeee... nak tengok masih ada org terjah ke tak blog aku ni... rupanya masih ada lagi org melawat... last visitor 5 jam lepas dari kl... paling jauh dari benua rusia.... hahahhaha,..... ganaih jugak aku ni....

ok....aku pun tak tau apa nak ditulis kat sini .... no idea.... insyaallah, lepaih ni aku akan lebih kerap menulis ... insyaallahhhhhh..... sehingga berjumpa lagi, tapi yang pasti bukan next year yer,....adiosssssss....

Saturday, December 24, 2011

blues pagi sabtu

Ho hoooooo, diam tak diam, dah nak masuk tahun baru, tahun 2012. Terasa sangat cepat masa berlalu. Masa untuk memperkasakan diri, masa utk melaksanakan azam yang belum terlaksana, cepatttttt, kang tak tercapai segala azam, tak kan nak carry forward tahun depan kot. Hahahaha, azam aku utk tahun baru ialah melangsaikan segala hutang piutang, yakni sesama manusia dan juga hutang aku dengan tuhan. Insyaallahhh, harap akan terlaksana.
Pasti tertanya apa motif aku letak gambau lens kan kat entry ni, aku sndri pun tak tau, hahahahah, itu L lens, 8-15 fish eye. Harganya lagi beberapa hengget nak cukup 4k. Mahal kan.
Aku bukan nak cerita pasal lens, aku cuma nak merapu meraban jek pagi ni, sementara tak de org lagi kat low yat ni, sempat ler. Cuaca pulak ala ala mendung kelabu gitu, lagi syahdu kalau dapat sambung tidur, peeghhhhhh, sedap kan. Tapi demi mencari rezeki, aku datang kerja jugak. Ikhlaskah aku? Hahahahahah, itu alu tak mau deacribe dwngan lebih mendalam lagi. Tak elok kalau banyak merungut.
Pagi ni aku nak layan diri sorang sorang, colleague aku pagi ni pun tertanya2, apasal akuu diam saja pagi ni, kalau tak aku selalu nyanyi2, kacau orang, buat lawak, heheheheheh, rupanya ada yang merindui gelagat aku.
Pagi ni tera macam tak de mood, haduyaiiiii, adakah aku sudah jemu dengan kerja aku sekarang? Hooooo hooooo, no no no no no, never feel like that. Aku makin menyukai kerja aku sekarang, everyday ada saja benda baru yang aku belajar. Mana lah tau kan, satu hari nanti aku bleh jadi sorang professional photographer. Orang lain dok sibuk pegi kelas, bayar ratus ratus, ribu ribu, aku blajar free saja. Erkkkkk, tercerita pasal kamera lagi, hahahahah, ini lah yang dikatakan entry merapu. Memeyyyy merapu. Sebelom aku merapu yang bukan bukan lagi, eloklah aku cari balik mood aku yang hilang tu, hati ni sabtu beb, manyak kastemer looooo.
Sehingga bertemu lago di lain lembaran, akhir sekali, majulah industri kamera utk negara. Adiossssss
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, December 17, 2011

AKU DAN SESUATU

Assalamualailum,

Ermmmmmm, dalam tak diam, 21/12/2011 ni genap lah usia perkahwinan aku 9 tahun. Dalam 9 tahun ni, banyak benda pahit dan manis aku harungi bersama pasangn aku, PUAN AZIMAH BINTI ABU SUJAK. Bersama anak anak aku IZZATI MAISARAH, ISKANDAR MUAMMAR DAN IQHRAM MUAMMAR. Dan yang terbaru, insyaallahhhhh, bakal lahir next year, est bulan 5.

Izzati maisarah - bukak penggal persekolahan januari nanti, dah masuk darjah 2. Sekolah pagi kat sekolah rendah kebangsaan saujana impian 2. Sekolah petang kat sekolah rendah agama taman delima.

Iskandar muammar - tahun depan, yakni lagi beberapa hari lagi, dah nak masuk tadika. Pening jugak nak memikirkan mana nak sekolahkan dia. Sekarang yuran tadika dah melambung naik. Registration saja pun dah mahal. Aku tak hengat berapa hengget. Tapi bini aku ada la bagitau, memeyyyyy mahal.

Iqhram muammar - bulan 10 yang lepas, genap la setahun. Kerenah anak bujang tecit ni memeyyy best. Tak banyak bunyik, diam diam jek kalau dia main. Tapi kecerdikan dia dah terserlah. Cepat saja mengajuk apa yang kami buat. Sekarang baru dapat kaki, habis satu rumah di tawafnya. Tangga naik ke tingkat atas memeyyy pantang lepa jek, tetiba jek dah sampai atas. Tetiba jek hilang, pasal dia ni jarang nak bersuara. Layan diri je.

Alhamdulillah, dalam pada dok merancang nak jarak kan anak, aku bakal dikurniakan seorang lagi zuriat. Aku tak kisah sama ada anak yang bakal lahir nanti lekaki atau pun perempuan. Tapi jika aku punya pilihan nak menentukan jantina nya, aku akan pilih perempuan. Maka genaplah anak aku 2 lelaki, 2 perempuan.

Walaupun kehidupan aku sekeluarga tidaklah kaya, tapi aku bangga, kerana aku kaya dengan anak anak, ramai lagi yang diluar sana dah kawin sudah lama, tapi still tak de anak. Alhamdulillah, tuhan kurniakan aku rezeki yang cukup untuk aku sekeluarga. Anak anak juga telah menceriakan kehidupan aku. Tak lupa juga pada isteri aku. Aku katogerikan isteri aku ni super duper mummy. Kenapa?? Biarlah ianya hanya aku yang tau.

Hoccayyyyyy, sudah mau start kerja, hari ni pasti menjanjikan sesuatu untuk aku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, December 16, 2011

kamera oh kamera

Assalamualaikum, ha haaaaa, ni tiba time aku rajin ler ni,ditambah pulak tak de keje pagi pagi ni, sempat la aku nak merapu kejap.
Aku skrg berkecimpung dlm bisness kamera, tapi bukan bisness aku pun, aku cuma bekerja jual kamera jek. Dulu aku kalau pasal amik gambar, main bedal jek, tapi bila dah kerja dlm bidang ni, baru la aku tau mcm2 boleh dibuat dengan kamera ni sebenarnya. Patut la pun orang dok amik gambar cantikkkk jek, macam macam adaaaa rupanya.
Zaman sekarang ramai yang gila kan dslr kamera. Nikon, canon merupakan jenama yang paling popular kat malaysia ni. Kegilaan remaja terhadap kamera telah merancakkan insustri kamera kat malaysia ni. Ada antara mereka yang pada mulanya meminati kamera ni secara suka suka, lama kelamaan menjadikan nya sebagai satu bisness. Korang bayangkan la, satu majlis kawin, pakej photography paling kokak pun 2,000. Itu paling basic. Satu hari spend time kat rumah org kawin, makan minum free, balik umah, edit sket2. Hantar kedai, cuci, albumkan, nahhhh, duit sudah masuk poket. Itu kalau yang tak de kemudahan proses gambar kat rumah. Kalau yang menjadikannya satu kerjaya, semua tu sudah pasti dah complete kat rumah.
So, pada sesiapa yang menjelajah blog aku ni, nak beli kamera, jangan malu jangan segan, datang je ke low yat. Boleh jumpa aku, insyaallah, aku boleh kasi sket special price bersertakan sket ilmu yang aku ada. Muahahahahahahah, bunyi mcm dah expert bebenor aku ni kan. Nak kata pandai sangat tu tak de la kan, cuma lebih tau sket la dari korang. Muahahahahahah.

Sekian, majulah industri kamera untuk negara.

Adiossssss.
Published with Blogger-droid v1.7.4