Saturday, December 17, 2011

AKU DAN SESUATU

Assalamualailum,

Ermmmmmm, dalam tak diam, 21/12/2011 ni genap lah usia perkahwinan aku 9 tahun. Dalam 9 tahun ni, banyak benda pahit dan manis aku harungi bersama pasangn aku, PUAN AZIMAH BINTI ABU SUJAK. Bersama anak anak aku IZZATI MAISARAH, ISKANDAR MUAMMAR DAN IQHRAM MUAMMAR. Dan yang terbaru, insyaallahhhhh, bakal lahir next year, est bulan 5.

Izzati maisarah - bukak penggal persekolahan januari nanti, dah masuk darjah 2. Sekolah pagi kat sekolah rendah kebangsaan saujana impian 2. Sekolah petang kat sekolah rendah agama taman delima.

Iskandar muammar - tahun depan, yakni lagi beberapa hari lagi, dah nak masuk tadika. Pening jugak nak memikirkan mana nak sekolahkan dia. Sekarang yuran tadika dah melambung naik. Registration saja pun dah mahal. Aku tak hengat berapa hengget. Tapi bini aku ada la bagitau, memeyyyyy mahal.

Iqhram muammar - bulan 10 yang lepas, genap la setahun. Kerenah anak bujang tecit ni memeyyy best. Tak banyak bunyik, diam diam jek kalau dia main. Tapi kecerdikan dia dah terserlah. Cepat saja mengajuk apa yang kami buat. Sekarang baru dapat kaki, habis satu rumah di tawafnya. Tangga naik ke tingkat atas memeyyy pantang lepa jek, tetiba jek dah sampai atas. Tetiba jek hilang, pasal dia ni jarang nak bersuara. Layan diri je.

Alhamdulillah, dalam pada dok merancang nak jarak kan anak, aku bakal dikurniakan seorang lagi zuriat. Aku tak kisah sama ada anak yang bakal lahir nanti lekaki atau pun perempuan. Tapi jika aku punya pilihan nak menentukan jantina nya, aku akan pilih perempuan. Maka genaplah anak aku 2 lelaki, 2 perempuan.

Walaupun kehidupan aku sekeluarga tidaklah kaya, tapi aku bangga, kerana aku kaya dengan anak anak, ramai lagi yang diluar sana dah kawin sudah lama, tapi still tak de anak. Alhamdulillah, tuhan kurniakan aku rezeki yang cukup untuk aku sekeluarga. Anak anak juga telah menceriakan kehidupan aku. Tak lupa juga pada isteri aku. Aku katogerikan isteri aku ni super duper mummy. Kenapa?? Biarlah ianya hanya aku yang tau.

Hoccayyyyyy, sudah mau start kerja, hari ni pasti menjanjikan sesuatu untuk aku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: