Saturday, December 24, 2011

blues pagi sabtu

Ho hoooooo, diam tak diam, dah nak masuk tahun baru, tahun 2012. Terasa sangat cepat masa berlalu. Masa untuk memperkasakan diri, masa utk melaksanakan azam yang belum terlaksana, cepatttttt, kang tak tercapai segala azam, tak kan nak carry forward tahun depan kot. Hahahaha, azam aku utk tahun baru ialah melangsaikan segala hutang piutang, yakni sesama manusia dan juga hutang aku dengan tuhan. Insyaallahhh, harap akan terlaksana.
Pasti tertanya apa motif aku letak gambau lens kan kat entry ni, aku sndri pun tak tau, hahahahah, itu L lens, 8-15 fish eye. Harganya lagi beberapa hengget nak cukup 4k. Mahal kan.
Aku bukan nak cerita pasal lens, aku cuma nak merapu meraban jek pagi ni, sementara tak de org lagi kat low yat ni, sempat ler. Cuaca pulak ala ala mendung kelabu gitu, lagi syahdu kalau dapat sambung tidur, peeghhhhhh, sedap kan. Tapi demi mencari rezeki, aku datang kerja jugak. Ikhlaskah aku? Hahahahahah, itu alu tak mau deacribe dwngan lebih mendalam lagi. Tak elok kalau banyak merungut.
Pagi ni aku nak layan diri sorang sorang, colleague aku pagi ni pun tertanya2, apasal akuu diam saja pagi ni, kalau tak aku selalu nyanyi2, kacau orang, buat lawak, heheheheheh, rupanya ada yang merindui gelagat aku.
Pagi ni tera macam tak de mood, haduyaiiiii, adakah aku sudah jemu dengan kerja aku sekarang? Hooooo hooooo, no no no no no, never feel like that. Aku makin menyukai kerja aku sekarang, everyday ada saja benda baru yang aku belajar. Mana lah tau kan, satu hari nanti aku bleh jadi sorang professional photographer. Orang lain dok sibuk pegi kelas, bayar ratus ratus, ribu ribu, aku blajar free saja. Erkkkkk, tercerita pasal kamera lagi, hahahahah, ini lah yang dikatakan entry merapu. Memeyyyy merapu. Sebelom aku merapu yang bukan bukan lagi, eloklah aku cari balik mood aku yang hilang tu, hati ni sabtu beb, manyak kastemer looooo.
Sehingga bertemu lago di lain lembaran, akhir sekali, majulah industri kamera utk negara. Adiossssss
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, December 17, 2011

AKU DAN SESUATU

Assalamualailum,

Ermmmmmm, dalam tak diam, 21/12/2011 ni genap lah usia perkahwinan aku 9 tahun. Dalam 9 tahun ni, banyak benda pahit dan manis aku harungi bersama pasangn aku, PUAN AZIMAH BINTI ABU SUJAK. Bersama anak anak aku IZZATI MAISARAH, ISKANDAR MUAMMAR DAN IQHRAM MUAMMAR. Dan yang terbaru, insyaallahhhhh, bakal lahir next year, est bulan 5.

Izzati maisarah - bukak penggal persekolahan januari nanti, dah masuk darjah 2. Sekolah pagi kat sekolah rendah kebangsaan saujana impian 2. Sekolah petang kat sekolah rendah agama taman delima.

Iskandar muammar - tahun depan, yakni lagi beberapa hari lagi, dah nak masuk tadika. Pening jugak nak memikirkan mana nak sekolahkan dia. Sekarang yuran tadika dah melambung naik. Registration saja pun dah mahal. Aku tak hengat berapa hengget. Tapi bini aku ada la bagitau, memeyyyyy mahal.

Iqhram muammar - bulan 10 yang lepas, genap la setahun. Kerenah anak bujang tecit ni memeyyy best. Tak banyak bunyik, diam diam jek kalau dia main. Tapi kecerdikan dia dah terserlah. Cepat saja mengajuk apa yang kami buat. Sekarang baru dapat kaki, habis satu rumah di tawafnya. Tangga naik ke tingkat atas memeyyy pantang lepa jek, tetiba jek dah sampai atas. Tetiba jek hilang, pasal dia ni jarang nak bersuara. Layan diri je.

Alhamdulillah, dalam pada dok merancang nak jarak kan anak, aku bakal dikurniakan seorang lagi zuriat. Aku tak kisah sama ada anak yang bakal lahir nanti lekaki atau pun perempuan. Tapi jika aku punya pilihan nak menentukan jantina nya, aku akan pilih perempuan. Maka genaplah anak aku 2 lelaki, 2 perempuan.

Walaupun kehidupan aku sekeluarga tidaklah kaya, tapi aku bangga, kerana aku kaya dengan anak anak, ramai lagi yang diluar sana dah kawin sudah lama, tapi still tak de anak. Alhamdulillah, tuhan kurniakan aku rezeki yang cukup untuk aku sekeluarga. Anak anak juga telah menceriakan kehidupan aku. Tak lupa juga pada isteri aku. Aku katogerikan isteri aku ni super duper mummy. Kenapa?? Biarlah ianya hanya aku yang tau.

Hoccayyyyyy, sudah mau start kerja, hari ni pasti menjanjikan sesuatu untuk aku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, December 16, 2011

kamera oh kamera

Assalamualaikum, ha haaaaa, ni tiba time aku rajin ler ni,ditambah pulak tak de keje pagi pagi ni, sempat la aku nak merapu kejap.
Aku skrg berkecimpung dlm bisness kamera, tapi bukan bisness aku pun, aku cuma bekerja jual kamera jek. Dulu aku kalau pasal amik gambar, main bedal jek, tapi bila dah kerja dlm bidang ni, baru la aku tau mcm2 boleh dibuat dengan kamera ni sebenarnya. Patut la pun orang dok amik gambar cantikkkk jek, macam macam adaaaa rupanya.
Zaman sekarang ramai yang gila kan dslr kamera. Nikon, canon merupakan jenama yang paling popular kat malaysia ni. Kegilaan remaja terhadap kamera telah merancakkan insustri kamera kat malaysia ni. Ada antara mereka yang pada mulanya meminati kamera ni secara suka suka, lama kelamaan menjadikan nya sebagai satu bisness. Korang bayangkan la, satu majlis kawin, pakej photography paling kokak pun 2,000. Itu paling basic. Satu hari spend time kat rumah org kawin, makan minum free, balik umah, edit sket2. Hantar kedai, cuci, albumkan, nahhhh, duit sudah masuk poket. Itu kalau yang tak de kemudahan proses gambar kat rumah. Kalau yang menjadikannya satu kerjaya, semua tu sudah pasti dah complete kat rumah.
So, pada sesiapa yang menjelajah blog aku ni, nak beli kamera, jangan malu jangan segan, datang je ke low yat. Boleh jumpa aku, insyaallah, aku boleh kasi sket special price bersertakan sket ilmu yang aku ada. Muahahahahahahah, bunyi mcm dah expert bebenor aku ni kan. Nak kata pandai sangat tu tak de la kan, cuma lebih tau sket la dari korang. Muahahahahahah.

Sekian, majulah industri kamera untuk negara.

Adiossssss.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, December 15, 2011

Kembali Bersiaran

assalamualaikum......hohoooooo,, sudah lama menyepi,kini kembali. ermm actually terdatang pulak mood nak hapdet blog.setelah sekian lama tidur, kini aku sudah terjaga dari mimpi.actually tak de mende pun,dan juga tak de idea apa aku nak tulis....cuma nak merapu sket sket.

Bulan december....bulan paling hujung,paling akhir dalam kalendar mat saleh. bulan ni jugak bulan cuti sekolah, bulan banjir, bulan mak bapak bawak anak -anak pegi bercuti, bulan teruna dan dara menamatkan zaman solo asing masing, bulan udak budak lelaki menempun satu zaman yang hanya sekali jer dorang akan lalui seumur hidup, BERKHATAN. selamat menjengah kealam dewasa kepada mereka. bagi aku bulan ni tak de apa yang special,  bulan ni road tax kreta mampus, bulan banyak nak pakai duit, baju skolah, kasut skolah anak dara aku tu semua nak kena beli baru...... kreta nak kene servis, adussssssssssss. Apa boleh buat, nilah yang mak bapak kita rasa dulu masa nak menyekolahkan kita sampai jadi mcm sekarang.seronok pun ada, susah pun ada, nak mengeluh pun tak boleh. inilah kehidupan.... nak tak nak...kena redah jugak.

ermmm.... apa yang aku merapu ni ekkkk....hahahahaha.... kalau aku dah start merapu mcmni,maknanya sudah sampai masa nya aku tidur... esok kerja beb.... tuntutan dunia, 

sehingga berjumpa lagi.... adiossssss
wassalam.