Saturday, December 17, 2011

AKU DAN SESUATU

Assalamualailum,

Ermmmmmm, dalam tak diam, 21/12/2011 ni genap lah usia perkahwinan aku 9 tahun. Dalam 9 tahun ni, banyak benda pahit dan manis aku harungi bersama pasangn aku, PUAN AZIMAH BINTI ABU SUJAK. Bersama anak anak aku IZZATI MAISARAH, ISKANDAR MUAMMAR DAN IQHRAM MUAMMAR. Dan yang terbaru, insyaallahhhhh, bakal lahir next year, est bulan 5.

Izzati maisarah - bukak penggal persekolahan januari nanti, dah masuk darjah 2. Sekolah pagi kat sekolah rendah kebangsaan saujana impian 2. Sekolah petang kat sekolah rendah agama taman delima.

Iskandar muammar - tahun depan, yakni lagi beberapa hari lagi, dah nak masuk tadika. Pening jugak nak memikirkan mana nak sekolahkan dia. Sekarang yuran tadika dah melambung naik. Registration saja pun dah mahal. Aku tak hengat berapa hengget. Tapi bini aku ada la bagitau, memeyyyyy mahal.

Iqhram muammar - bulan 10 yang lepas, genap la setahun. Kerenah anak bujang tecit ni memeyyy best. Tak banyak bunyik, diam diam jek kalau dia main. Tapi kecerdikan dia dah terserlah. Cepat saja mengajuk apa yang kami buat. Sekarang baru dapat kaki, habis satu rumah di tawafnya. Tangga naik ke tingkat atas memeyyy pantang lepa jek, tetiba jek dah sampai atas. Tetiba jek hilang, pasal dia ni jarang nak bersuara. Layan diri je.

Alhamdulillah, dalam pada dok merancang nak jarak kan anak, aku bakal dikurniakan seorang lagi zuriat. Aku tak kisah sama ada anak yang bakal lahir nanti lekaki atau pun perempuan. Tapi jika aku punya pilihan nak menentukan jantina nya, aku akan pilih perempuan. Maka genaplah anak aku 2 lelaki, 2 perempuan.

Walaupun kehidupan aku sekeluarga tidaklah kaya, tapi aku bangga, kerana aku kaya dengan anak anak, ramai lagi yang diluar sana dah kawin sudah lama, tapi still tak de anak. Alhamdulillah, tuhan kurniakan aku rezeki yang cukup untuk aku sekeluarga. Anak anak juga telah menceriakan kehidupan aku. Tak lupa juga pada isteri aku. Aku katogerikan isteri aku ni super duper mummy. Kenapa?? Biarlah ianya hanya aku yang tau.

Hoccayyyyyy, sudah mau start kerja, hari ni pasti menjanjikan sesuatu untuk aku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, December 16, 2011

kamera oh kamera

Assalamualaikum, ha haaaaa, ni tiba time aku rajin ler ni,ditambah pulak tak de keje pagi pagi ni, sempat la aku nak merapu kejap.
Aku skrg berkecimpung dlm bisness kamera, tapi bukan bisness aku pun, aku cuma bekerja jual kamera jek. Dulu aku kalau pasal amik gambar, main bedal jek, tapi bila dah kerja dlm bidang ni, baru la aku tau mcm2 boleh dibuat dengan kamera ni sebenarnya. Patut la pun orang dok amik gambar cantikkkk jek, macam macam adaaaa rupanya.
Zaman sekarang ramai yang gila kan dslr kamera. Nikon, canon merupakan jenama yang paling popular kat malaysia ni. Kegilaan remaja terhadap kamera telah merancakkan insustri kamera kat malaysia ni. Ada antara mereka yang pada mulanya meminati kamera ni secara suka suka, lama kelamaan menjadikan nya sebagai satu bisness. Korang bayangkan la, satu majlis kawin, pakej photography paling kokak pun 2,000. Itu paling basic. Satu hari spend time kat rumah org kawin, makan minum free, balik umah, edit sket2. Hantar kedai, cuci, albumkan, nahhhh, duit sudah masuk poket. Itu kalau yang tak de kemudahan proses gambar kat rumah. Kalau yang menjadikannya satu kerjaya, semua tu sudah pasti dah complete kat rumah.
So, pada sesiapa yang menjelajah blog aku ni, nak beli kamera, jangan malu jangan segan, datang je ke low yat. Boleh jumpa aku, insyaallah, aku boleh kasi sket special price bersertakan sket ilmu yang aku ada. Muahahahahahahah, bunyi mcm dah expert bebenor aku ni kan. Nak kata pandai sangat tu tak de la kan, cuma lebih tau sket la dari korang. Muahahahahahah.

Sekian, majulah industri kamera untuk negara.

Adiossssss.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, December 15, 2011

Kembali Bersiaran

assalamualaikum......hohoooooo,, sudah lama menyepi,kini kembali. ermm actually terdatang pulak mood nak hapdet blog.setelah sekian lama tidur, kini aku sudah terjaga dari mimpi.actually tak de mende pun,dan juga tak de idea apa aku nak tulis....cuma nak merapu sket sket.

Bulan december....bulan paling hujung,paling akhir dalam kalendar mat saleh. bulan ni jugak bulan cuti sekolah, bulan banjir, bulan mak bapak bawak anak -anak pegi bercuti, bulan teruna dan dara menamatkan zaman solo asing masing, bulan udak budak lelaki menempun satu zaman yang hanya sekali jer dorang akan lalui seumur hidup, BERKHATAN. selamat menjengah kealam dewasa kepada mereka. bagi aku bulan ni tak de apa yang special,  bulan ni road tax kreta mampus, bulan banyak nak pakai duit, baju skolah, kasut skolah anak dara aku tu semua nak kena beli baru...... kreta nak kene servis, adussssssssssss. Apa boleh buat, nilah yang mak bapak kita rasa dulu masa nak menyekolahkan kita sampai jadi mcm sekarang.seronok pun ada, susah pun ada, nak mengeluh pun tak boleh. inilah kehidupan.... nak tak nak...kena redah jugak.

ermmm.... apa yang aku merapu ni ekkkk....hahahahaha.... kalau aku dah start merapu mcmni,maknanya sudah sampai masa nya aku tidur... esok kerja beb.... tuntutan dunia, 

sehingga berjumpa lagi.... adiossssss
wassalam.






Wednesday, April 27, 2011

MARI MEMASAK

assalamualaikum.......


haaaa haaaa..... mari memasak bersama saya.... saya amat meminati bidang masakan.... cita cita saya ialah menjadi tukang masak di hotel.... tetapi sekarang sekadar tukang masak di rumah... dan saya ada peminat setia masakan saya...iaitu isteri dan anak anak saya.... hahahahah... terpaksa makan la kan..... huhu






hari ni saya nak share sket resepi.... iaitu AYAM PANDAN... ada pun ayam ini tidak perlu lah dibeli di kampung pandan...... hehe....
caranya mudah saja...
.sediakan 1/2 kg dada ayam. - hendaklah dipotong kecil... tapi jangan kecik sangat... agak2 besar ibu jari kaki..  4 tangkai daun ketumbar, 4 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah - bahan2 ni kene potong nipis2 yer.....then dalam bekas lain campurkan 4 sudu makan sos cili, 2 sudu makan cuka makan....bukan cuka getah yer.... hehe... then 2 sudu makan tepung jagung dan 2 sudu makan kicap.
then 10 helai daun pandan dan minyak masak.


cara nak sediakannya.... masuk kan ayam tadi dalam mangkuk bersama bahan bahan tadi dan gaulkan sehingga sebati, haruslah di marinate selama satu jam....kalau kurang satu jam.... rasanya akan kureng sket la.... then bungkus ayam tu dengan daun pandan... buat macam bungkus ketupat palas tu...cuma part last skali nak kasi daun tu melekat, cucuk lah dengan pencungkil gigi yang belum dugunakan lagi... lepas tu...panaskan air dalam periuk pengukus..... bila dah ready, kukus ayam tu selama 15 minit.... lepas 15 minit, ketepikan.. bila dah sejuk sket... panaskan kuali, then goreng semula ayam yang dah dikukus tadi.... haaaa.... goreng hingga agak2 garing.... haaaaaa...lepas tu hiaslah atas pinggan arcopal yang dibeli di langkawi... kemudian.... apa lagi... bedal jer ler...
kalau termasak lebih tu, ajak lah jiran anda makan sekali yer...amalan ini akan mengeratkan lagi silaturrahim antara anda dengan jiran anda....
sekian... itulah resepi untuk hari ini...selamat mencuba.... kalau tak sedap dan tak jadi jugak, jangan salahkan resepi, salahkan tangan anda dan sesungguhnya anda tidak mempunyai bakat untuk memasak....so, pegi jer kedai yang ada jual ayam pandan ni, order saja.... hahahhaha


sehingga bertemu kembali ....
renung2kan ...dan selamat beramal...
assalaaaaamualaikum.

Tuesday, April 26, 2011

LAMA TAK JUMPA.....

assalamualaikum....
hehehehe....lama tak bersiaran yer....apa bleh buat... keadaan kesihatan amatlah tak mengizinkan....... baru2 ni terkena lagi penyakit...kali ni demam denggi plak. perghhh.... memang seksa beb.... satu sistem badan tak berfungsi... lemah.... lesu....penat...sakit... hilang selera makan.
so... kepada mereka yang tak pernah kene denggi tu tolonggggg la elak kan... caranya... senang saja... seminggu korang luangkan masa 10minit saja.... pusing keliling rumah... cari mana2 air yang bertakung tu...tuangkan...mana2 bekas yang ber possible utkmenakung air tu.. terlangkupkan.... kalau dah tak berguna tu, buangkan... kalau dah kene, mcmakula jadi nya...sampai sekarang...sampai ke hari ni...padahal dah seminggu lebih aku klua spital... tapi kesan tu masih ada.... malam paling aku tak suka... cukup susah nak tido... hmmmm....alhamdulillah...sekarang selera makan datang balik... kerjanya nak makannnnn saja.....sekarang main bedal jek apa yang halal yang lalu depan mata.... sib baek aku ni kureng sket nak makan kek.... kalau tak abis la kak mah nye kek aku bedal.... sudahnya orang lain order... aku yang makan.... hahahahha....so, sekarang tengah dlm proses nak baik.... bak kata doktor semalam.... its take about 1 month..... sometimes 6 month to get back to normal.... umangaiiiii.... kalau sebulan pun aku dah tak tahan.... camner la sampai 6 bulan tu yer.... apa pun semuanya datang dari allah untuk menguji kita... segalanya ujian... cuma kita saja kekadang tak nampak.......
so.... sehingga jumpa lagi..... sekarang nak catch-up balik utk update blog sekerap yang mampu... kalau boleh seminggu 3-4 entry... insyaallah.....


adios..
wassalammmmm...